bermonolog lagi...

Sunyinya malam membuatkan aku seakan-akan kesepian…ada yang terpendam di hati namun sukar untuk aku sendiri mentafsirkan segalanya…detik aku mula mahu melupakan semua yang ada sekarang, saat aku mahu kembali seperti dulu…saat aku hanya mahu hidup untuk esoknya tanpa hati menjadi nyawa…tanpa perasaan yang semakin mengelirukan akal…terlalu sukar untuk mencari titik noktahnya persoalan ini, kemarin aku yakin kemudian hari ini aku kembali suram…betapa dunia ini membuatkan aku menjadi manusia yang penuh dengan persoalan demi persoalan tanpa jawapan hari demi hari…apakah aku hanya mahu mencari persoalan tanpa memerlukan jawapan??kerana kadangkala jawapan itu bukan seperti yang aku mahukan…ataukah aku hanya mahu menafikan segala kenyataan dan terus hidup penuh persoalan agar kehidupan ini kelihatan sempurna pada pandangan mata aku…?...bukan kesempurnaan yang di cari, hanya sesuatu..sesuatu yang mampu membuatkan aku berhenti untuk mencari sebarang persoalan…berhenti untuk meneruskan hidup dengan apa yang ada tanpa pengharapan yang semakin jauh untuk digapai…

Mahu saja aku berlari jauh…menjauhi segalanya sekarang…mahu berada di mana aku tidak dikenali, di mana aku tidak dinilai untuk menyatakan buruk atau baik kah aku…di mana aku tidak di sapa oleh sesiapa…di mana aku hanya menjadi siapa aku sebenarnya!...tapi bumi ini milik bersama dan kita di tuntut untuk hidup bersama-sama menjadikan aku mengenali ramai manusia dan suatu ketika aku juga dikenali dan disapa…aku harus berhenti berlari.!.



No comments:

Post a Comment

di alu2kan berbuat bising @ berbisik @ melalak kat sini :P